Diformulasi untuk mata yang sihat
Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.
Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.
Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.
Ringkasan:
GREENLEX I-COMPLEX diformulasi
berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu
memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan
setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi
ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga
Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang
mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya
sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada
kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata
yang umum.
Ekstrak Buah Bilberi mengandungi
kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida.
Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang
dikaitkan dengan kesihatan mata.
Ekstrak Bunga Marigold mengandungi
banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu
komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia.
Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan
beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular
yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).
Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi
karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa
sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi
alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti
beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam
buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran
semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak
kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya
adalah menggalakkan kesihatan mata.
Ekstrak Biji Anggur adalah sumber
OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis
antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak
piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L
(lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.
No comments:
Post a Comment